Ahad, 22 Ogos 2010

Kem Iktikaf Ramadhan

 Assalamualaikum wbt.Semoga anda semua sentiasa dalam aura Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!.Insyaallah.
Setiap kali berada pada waktu matahari mula melebarkan sayap cahayanya ke bumi, terasa takjub dengan kebesaran Allah swt. Terasa kerdilnya diri ini, terasa malunya untuk menyaksikan kehebatan Allah swt.Ya Allah, hamba pasrah kepadamu, sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukmu.
   Alhamdulillah..baru sahaja selesai mengendalikan Program Iktikaf Ramadhan anjuran Irsyad Training& Motivation Kerjasama dengan Masjid Al-Hidayah,Kuantan. Alhamdulillah..sambutan menggalakkan walaupun dibulan Ramadhan. Seramai 80 orang peserta dari kalangan berumur 10 hingga 15 tahun menyertai program ini.
  Antara pengisian yang kami aturkan seperti Tadarus dan tilawah Al-Quran, iktikaf, berbuka puasa, terawih,ceramah Ramadhan,Qiamulaill, Slot Pokok Ibadah,dan LDK.Pada awal program, kelihatan wajah peserta tersirat seribu pertanyaan. Selesai sesi taaruf, barulah dapat merungkai satu persatu persoalan yang bermain di fikiran peserta. Antara mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, ada yang datang dari keluarga yang sememangnya mengamalkan syariat islam sepenuhnya dalam kehidupan, dan ada yang datang dari keluarga disebaliknya. Kami perlu mencari kaedah untuk mengharmonikan mereka supaya berada dalam satu bumbung.
         Sememangnya sukar untuk mematuhkan  peserta -peserta kepada peraturan program, tambahan pula peserta terdiri juga dari sekolah menengah,tetapi berkat kesabaran dan beberapa ilmu kemahiran yang diberikan oleh Allah swt, alhamduliilah peserta dapat mengikuti program dengan baik dan lancar. Tahniah kepada semua peserta.
         Terasa sayu diri ini tatkala melihat sikecil memegang naskhah Al-Quran dan membacanya seolah kekhusyukan,ada juga yang bersandar pada tiang dan termenung jauh seperti mengenangkan nasib yang bakal menimpa dunia yang penuh dengan ahli maksiat ini. Cukup terharu apabila majorita peserta dapat menghabiskan tilawah Al-Quran melebihi juzuk pertama dalam masa 1 hari.Inilah anak-anak yang mempunyai hati yang lembut dan mudah dibentuk sekiranya kena pada acuannya.Semoga amalan ibadat dan ilmu yang dipelajari  selama 1hari 1 malam dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
         Ya Allah, engkau lindungilah adik-adikku ini dari segala kemudaratan dan kecelakaan, Engkau limpahkanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka,agar mereka dapat mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat, Ya Allah, pimpinlah mereka di jalan yang engkau redhai, dan jauhkanlah mereka dari sifat-sifat mazmumah. Ya Allah yang Maha agung lagi maha kaya, hiasilah diri mereka dengan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah, agar mereka dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati kedua ibubapa mereka. Ya Allah, aku amat menyayangi mereka,lindungilah mereka dari azab api nerakamu ya Allah, sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.....
          Abg Long terus berada disini, dan terus mendoakan kejayaan para adik sekalian. Walaupun masing-masing telah membawa diri ke destinasi masing-masing, tapi kenangan dan gelak tawa kalian tetap sentiasa bermain di bibir mata Abg Long...Semoga Ibadah kalian terus success..!!Selamat Maju Jaya Adik-Adikku..
       
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan