Selasa, 7 September 2010

KEMBARA PENA MAHKOTA

 Salam Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!! Anda bagus hari ni??  jangan tension-tension mak cik,pak cik, adik, hadapi hidup ini dengan cool jee..barulah hati jadi senang, minda jadi tenang, perut bertambah kenyang..hehehe...
   Rasanya dah lama saya tidak menulis berkongsi cerita dengan anda semua..maklumlah, bila dah sampai kat kampung ni macam-macam benda kena buat, kemas rumah, potong rumput, buat kuih ( tukang kacau..hehe),ziarah kawan,jiran dan makwe lama belakang rumah..ekekekek..Memang penat, tapi berbaloi...balik sekali-sekala,dah besar adik-adik aku rupanya..dah makin tinggi dari abang, ini tak boleh jadi ni..lawan tauke..hehe..adik bongsu yang perempuan pun dah besar, paling manja, paling sayang sebab dia seorang je perempuan, buah hati pengarang jantungku dan keluarga, baru 11 tahun. seronok dapat bertukar cerita, usik mengusik, beli belah bersama-sama, rumah jadi riuh-rendah, macam ada kenduri kendara, tapi hanya kami berenam je..gitulah suasana keluarga saya yang sentiasa bising kalau dapat bersama. Alaa bukan selalu, setahun 2 kali sahaja. Adik lelaki saya pun duduk asrama, pun jarang balik rumah.Hari biasa, tinggal lah bonda,ayahda dan Syira( adik bongsu).Terubat segala penat lelah bekerja apabila dapat melihat telatah dan ukiran senyuman mereka. Ya Allah, engkau lindungilah keluargaku ini dari segala kecelakaan dan kemudaratan.

      Suasana di Kelantan semakin sesak. Perantau seperti saya sudah makin ramai sampai ke kampung. Masing-masing tidak melepaskan peluang beberapa hari lagi menjelang perayaan, untuk keluar membeli belah dan keperluan raya. Antara lokasi yang menarik seperti Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Kota Bharu, KBMall dan Wakaf Che Yeh. Kalau orang yang alahan dengan orang ramai, memang tak boleh masuk tempat-tempat ini, silap hari bulan, terpaksa beraya di hospital..huhuhu...Namun biarpun ramai bersesak-sesak, semangat raya itu telah membatasi segalanya..itu pentingnya semangat, baru semua perkara jadi mudah dan senang.Tapi cik kak, Mek,kalau nak shoping, kena ingat, awasi anak-anak anda, takut-takut mak pergi utara, anak pergi selatan, akhirnya menangis bertan-tan.hehe..Selamat membuat persiapan raya kepada semua, tapi mesti ingat dan pandai membezakan antara keperluan dan kehendak!!.. barulah poket tak jadi kosong..hehe..seronok hidup ini kalau ada perancangan dan sistematik dalam setiap perkara.

    Namun, walaupun anda nampak saya gembira, tapi disebalik senyuman ini tersirat seribu kerisauan. Hati ini sekarang terpaksa dibahagi dua, satu untuk di kampung, dan satu lagi teringatkan nasib adik-adik saya di Al-Irsyad seramai 78 orang yang bakal menghadapi UPSR  pada 21 september nanti.Sungguh mencemaskan,mendebarkan.Kalau abg long ada kuasa power, abg long akan datang kerumah  kamu semua setiap hari, dan menolong kamu membuat persiapan UPSR, namun apakan daya, abg long hanya manusia biasa. abg long harapkan adik-adik semua pandai membahagikan masa untuk menyambut Raya dan membuat persiapan UPSR, dan abg long percaya kamu semua bijak melakukannya,nama lagi anak buah abg long kn!.Walaupun kamu semua jauh di mata, abg long doakan agar Allah swt permudahkan segala urusan kamu dan dilindunginya selalu.Wahai adik-adikku, berusahalah walau penuh sebak dan siksa sekalipun, agar suatu hari nanti, kejayaan akan menjadi milikmu, bukan menjadi luka seribu rindu. Abg long tidak mengharapkan serangkai  A  dari kamu semua, tapi abg long hanya ingin melihat kamu berusaha sepenuhnya, dan akhirnya berdoa dan bertawakallah pada Allah swt. Wajahmu kalian sentiasa dalam doaku.

     Akhir kalam untuk coretan pada kali ini, mutiara kata untuk kita hayati bersama, " Bertenang itu adalah kepintaran, dan gopoh-gapah itu adalah kebodohan".wassalam..dari PeNa MaHkOtA...
    
 
     

    

 
   

Rabu, 1 September 2010

JOM JADI UNGGUL

  Salam motivasi..salam luar biasa bagus hebat sekali... alhamdulillah bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah swt berikan..berbuka puasa dengan lauk yang cukup, walaupun tak ada isteri yang masak, tapi kenyang juga perut ni makan sorang-sorang pun.. coz kalau dah lapar, baham je apa yang ada..hehehe..kawan-kawan  masih bujang, saya nasihatkan untuk diri saya dan semua, jangan kita amalkan hidup dengan sifat cerewet, nanti sengsara hidup ni, orang perempuan pun tak suka lelaki yang cerewet...kn? kn? kn?..hehe
   Hari ini saya hendak kongsi mengenai erti kegagalan. Ramai orang yang tidak suka dengan kegagalan, padahal kalau kita pandang dari sudut pandangan yang berbeza, kegagalan tu pasti akan memberikan kejayaan yang lebih besar, kalau berjayalah. Kenapa pulak? yalah, pasal kita dah gagal pertama kali itulah, kita tak akan buat kesilapan yang sama lagi. Langkah kita akan jadi lebih teratur, usaha kita jadi lebih tuntas, maka kejayaaan lebih besar pun akan terbentuk.
   Sebenarnya kegagalan sebelum berjaya ni bagus, pasal selalunya kejayaan yang terbentuk lepas gagal-gagal tu tak akan gagal lagi. Berbanding dengan kejayaan yang terbentuk tanpa gagal sekali pun sebelumnya, selalunya kemungkinan akan gagal sekali dan bila gagal sekali itu susah sungguh nak kembali naik.
   Oleh itu jangan tewas oleh kegagalan.Kegagalan adalah asam garam pada masakan yang bernama jaya. Tanpa garam yang masin itu masakan jaya jadi tak sedap, tanpa masam-masam pada tomyam tu, tomyam tak sedap, tanpa pahit yang ada pada kopi tu, tak layak ia dipanggil kopi.
   Kegagalan apabila diadun dengan usaha berterusan apabila berjaya nanti, kejayaan yang amat bermakna dan bertahan lama. Sebaliknya, kegagalan yang tidak pernah ditempuh sebelumnya selalunya akan membuatkan seseorang itu terlupa tempohnya berdiri. Faham maksud saya ?
    Saya juga pernah menempuh pelbagai kegagalan dalam hidup samada di bangku sekolah,Kolej, Universiti, dan alam pekerjaan. Tapi saya terus tekad dalam diri bahawa kegagalan sekali tidak bermakna gagal selamanya.Dan apabila kita mendapat kejayaan, nikmat itu tidak dapat digambarkan dengan kata.kata........

Isnin, 30 Ogos 2010

MENGENAL ARUS MANUSIA...

 Salam Luar Biasa Bagus Hebat Sekali !!...hidup mesti sentiasa kena positif ya dik, kak, mak cik, pak cik, dato,datin..baru lah bahagia hidup ini. Kalau bergaduh dengan kucing pun, kena posotif gak, gaduh dengan adik-beradik,jiran tetangga, apa tah lagi..so, positif-positif lah selalu k.Eh, best tau hidup dengan cara positif, sentiasa tersenyum, lihat alam dengan keindahan, ramai kawan-kawan yg suka mendampingi kita, sifar musuh, penyakit kurang, hati pun tenang..Allah pun sayang ..Eh tak nak ke?????...Hidup sekali jeee, maksimumkan kebahagiaan, minimumkan kesedihan ok.
  Insyaallah kali ini saya hendak berkongsi dengan pak cik, mak cik, belia, remaja, adik ,kakak semua tentang arus-arus yang sentiasa bermain dalam jiwa manusia. Saya hendak membawa anda semua membayangkan cara hidup alim ulama,tokoh-tokoh ilmu, bagaimana cara hidup mereka ?..saya rasa anda pun sama seperti saya,membayangkan cara hidup mereka ini penuh dengan ketenangan walaupun dilanda sejuta masalah, sentiasa tersenyum, kata-katanya yang sentiasa memberi inspirasi  kepada pendengar, mukanya penuh dengan cahaya kasih sayang, hidupnya yang teratur dan penuh berhikmah.Inilah arus yang mengangkat manusia menjadi manusia HERO (mcm saya,perasan laa plak hehe jgn mare)HEROIN, dan yang Luar Biasa Bagus Hebat Sekali, iaitu arus ALPHA, bukan alpa ya...Arus kegemilangan.
  Seterusnya, anda pernah tak suatu ketika  bersemangat bekobar-kobar nak melakukan sesuatu perkara, contohnya kalau pelajar, bila dengar ceramah motivasi, semangatnya berapi-rapi sampai terangkat rambut macam orang kena genjatan elektrik,.hehe..niat bila aku berada di rumah nanti, aku akan study bersungguh-sungguh,aku mesti buat!!. tapi bila dah berada kat umah, bukan study....tapi stado plak banyak !!..ish ish ish..!!. tak patut.. anda pernah tak macam tu ?? pernah kan ? eleh..malu -malu kura -kura plak !! hehe peribahasa baru..Ini adalah manusia yang memiliki arus BETA. Golongan ini sama seperti istilah Hangat-Hangat Tahi Hidung Masin..Eh salahh.. Hangat-hangat Tahi Ayam...emm baru betul...mula-mula bersemangat tinggi,.Aku mesti berubah,..!!, Aku mesti dapat 5A !!, semangatnya kalau gunung kinabalu dengar, hampir-hampir nak tumbang puncak tu,hebatnya bukan kepalang !!.semua benda dia akan redah, tiada yang mustahil bagi dia, perubahannya mendadak,tikus mondok pun akan tabik springgg!!!..tapi bila dah lama-lama, mulalah luntur semangat yang tinggi tadi, kembali semula kepada perangai lama..kan rugi tu.
     Arus yang ketiga ialah DELTA. orang yang mempunyai arus ini, dia akan berada dalam suasana yang tegang. panas baran, suka marah-marah,sama lah tu...suka menyakiti hati kawan, hatinya pun sentiasa sakit bila tengok orang lain senang.Suka mencari masalah dengan orang, dh tak ada keje kn...selalu tinggal solat, fardhu Ain.Asyik-asyik nak cakap dia jeee yang betul,buat orang menyampah.Bangga diri.Degil, keras kepala..emm kesian kan..Semoga kita tak termasuk dalam arus ini.
    Akhirnya arus yang keempat ialah arus THETA. orang yang ada arus ini sentiasa bermurum, lembam, lembap,tak ada motivasi diri, hidupnya seperti tiada tujuan, pak turut, sentiasa lemah, suka tidur, eh..yang ni terasa pedas la plak..hehe..suka bersendiri, suka berkhayal  dan arus yang paling lemah..
    Jadi dah tahu kan jenis-jenis arus manusia, sekarang jom kita check, agak-agaknya diri kita ni mempunyai arus apa yaa???.Teng-teng-Tengggg.Jom main Teng-Teng,hehe!!.tepuk dada tanya Profesor...!!hehe..salah lagi..tepuk dada tanya selera..k..mmm.
Semoga Anda dan saya sentiasa berada dalam lingkaran Insan Yang Luar Biasa Bagus, Hebat Skali!!...Buuaahh!!..daduu!!..jumpa lagi I Luv U..hehe...wassalam.
    
   

Khamis, 26 Ogos 2010

Jom Jadi CEMERLANG!!

  Assalamualaikum..Salam motivasi..semoga anda dan saya sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan..
    Solat selain pernyataan seluruh diri kita terhadap semua yang kita impikan sepanjang hari,semua yang ingin kita lakukan bahkan sepanjang hayat, juga mengandungi pelbagai keistimewaan. Sebahagian besar keistimewaan itu tidak kita ketahui dan hanya ada dalam pengetahuan Allah swt. Sebahagiannya lagi kita duga, hasil kajian saintis yang cuba melihat solat dari aspek kesihatan.
   Umpamanya seorang saintis mengatakan duduk tahiyat akhir boleh mengelakkan atau mengurangkan daripada terkena penyakit apendik. Sujud itu pula membolehkan darah lebih banyak turun ke kepala dan ini penting untuk menjadikan otak lebih cerdas sebab  apabila menerima banyak darah bermakna ia menerima lebih banyak oksigen.Dalam sembahyang subuh kita melakukan empat kali sujud. Ini amat baik untuk memberikan oksigen secukupnya pada otak pada awal pagi.
   Oksigen amat diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan menghidupkan sel-selnya yang dipanggil neuron itu.
Keadaan ini juga dikatakan akan menyebabkan sinaps,sejenis elektrik yang menyambungkan antara neuron  ke neuron akan terbentuk dan disinilah bermulanya kehebatan minda seseorang. Neuron yang banyak kalau tidak hidup pun tiadalah gunanya. Sedangkan kita memiliki kira-kira 10 billion neuron kesemuanya.
   Seorang ustaz yang mengajar saya ada menyebut, apabila kita mengangkat takbiratul-ihram, bentuk tangan kita itu seperti orang menyerah kalah dalam peperangan. Jadi, sembahyang itu mengajar kita berserah diri kepada Allah, pemilik hidup ini.
    Apa yang penting sekali yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah tentang niat, yang menjadi faktor utama sesuatu ibadah itu dinilai ataupun tidak oleh Allah swt.Tanpa niat walau sehebat manapun ibadah kita itu tidak akan dikira.
   Nampak tak peranan hati di sini. Hati ialah suis badan, suis otak. Silap suis dipetik salah jugalah otak bertindak. Misalnya hati berkata : "Aku nak fitnah seseoranglah hari ini,"  otak pun mencarikan jalan.
   Dan sembahyang itu sendiri mempunyai 13 rukun yang mesti dipenuhi kalau tak mahu dianggap batal iaitu terbahagi kepada tiga,qalbi,qauli,fi'li, yang mana qalbi ialah  mengenai hati terutama niat.
   Nampakkah anda kepentingan hati dalam memotivasikan diri ? Di situlah suis yang menentukan siapa kita dan apa kita, bagaimana kita, dan di mana kita.
   Cuba renungkan hadis Nabi s.a.w, " Orang yang sempurna akalnya, ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal."
    Semoga sempurna akal kita dalam memotivasikan diri kita.Insyaallah. 

Isnin, 23 Ogos 2010

JOM cipTA RekoD !!!

 Salam Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!!...Anda bagus,saya bagus,barulah dunia jadi bagus.Anda teruk,saya teruk,maka dunia akan  jadi teruk...so, Jom kita pilih hendak yang mana ??..moga-moga kita semua sentiasa Bagusss.!!
    Allah swt menganugerahkan kepada manusia dengan akal yang cukup hebat.Akal tersebut mempunyai bertrilion neuron yang boleh menyimpan pelbagai jenis maklumat.Siapa yang tidak kenal dengan Elbert Einsten ? dulu sewaktu di bangku sekolah, beliau seorang pelajar yang cukup lemah,sentiasa gagal dalam pelajaran,sentiasa diejak kawan,tetapi pada suatu hari, beliau telah diasak oleh  seseorang untuk menggunakan fungsi otak semaksimum mungkin sehingga 80% dan lebih. Akhirnya lahirlah beliau sebagai saintis terkenal dan disegani ..Beliau berkata,,manusia hanya menggunakan 20% sahaja fungsi akal untuk berfikir,dan majoriti manusia hanya menggunakan sekitar 5 hingga 10% sahaja..Kemana pergi lagi 80 atau 90 % peratus lagi ??. Jawapannya, yang selebihnya kita telah tidurkan fungsi otak tersebut.Kenapa kita telah bazirkan nikmat Allah swt ini? .Menurutnya lagi, otak manusia sebenarnya lebih power dan canggih berbanding dengan komputer yang berkuasa tinggi.Adakah kita tahu sebelum ini? .Otak manusia juga tidak pernah kenal erti penat, tapi kenapa kita selalu bataskan fungsinya?.Jawapannya ada dalam minda anda semua.(samaada malas atau terencat akal).Dan kepenatan itu bukan sebab kuat berfikir,tetapi sebab kita tidak suka kepada sesuatu perkara dan bermasalah.
    Justeru itu, jom kita manfaatkan fungsi otak sebaik mungkin.mulai sekarang,kita perlu ubah cara pemikiran, kearah berfikir semaksimum mungkin. Aktifkan sentiasa neuron dalam otak dengan sentiasa berfikir. Semoga kita akan menjadi Insan yang hebat dan luar biasa bagusss!!!
  

Ahad, 22 Ogos 2010

Kem Iktikaf Ramadhan

 Assalamualaikum wbt.Semoga anda semua sentiasa dalam aura Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!.Insyaallah.
Setiap kali berada pada waktu matahari mula melebarkan sayap cahayanya ke bumi, terasa takjub dengan kebesaran Allah swt. Terasa kerdilnya diri ini, terasa malunya untuk menyaksikan kehebatan Allah swt.Ya Allah, hamba pasrah kepadamu, sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukmu.
   Alhamdulillah..baru sahaja selesai mengendalikan Program Iktikaf Ramadhan anjuran Irsyad Training& Motivation Kerjasama dengan Masjid Al-Hidayah,Kuantan. Alhamdulillah..sambutan menggalakkan walaupun dibulan Ramadhan. Seramai 80 orang peserta dari kalangan berumur 10 hingga 15 tahun menyertai program ini.
  Antara pengisian yang kami aturkan seperti Tadarus dan tilawah Al-Quran, iktikaf, berbuka puasa, terawih,ceramah Ramadhan,Qiamulaill, Slot Pokok Ibadah,dan LDK.Pada awal program, kelihatan wajah peserta tersirat seribu pertanyaan. Selesai sesi taaruf, barulah dapat merungkai satu persatu persoalan yang bermain di fikiran peserta. Antara mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, ada yang datang dari keluarga yang sememangnya mengamalkan syariat islam sepenuhnya dalam kehidupan, dan ada yang datang dari keluarga disebaliknya. Kami perlu mencari kaedah untuk mengharmonikan mereka supaya berada dalam satu bumbung.
         Sememangnya sukar untuk mematuhkan  peserta -peserta kepada peraturan program, tambahan pula peserta terdiri juga dari sekolah menengah,tetapi berkat kesabaran dan beberapa ilmu kemahiran yang diberikan oleh Allah swt, alhamduliilah peserta dapat mengikuti program dengan baik dan lancar. Tahniah kepada semua peserta.
         Terasa sayu diri ini tatkala melihat sikecil memegang naskhah Al-Quran dan membacanya seolah kekhusyukan,ada juga yang bersandar pada tiang dan termenung jauh seperti mengenangkan nasib yang bakal menimpa dunia yang penuh dengan ahli maksiat ini. Cukup terharu apabila majorita peserta dapat menghabiskan tilawah Al-Quran melebihi juzuk pertama dalam masa 1 hari.Inilah anak-anak yang mempunyai hati yang lembut dan mudah dibentuk sekiranya kena pada acuannya.Semoga amalan ibadat dan ilmu yang dipelajari  selama 1hari 1 malam dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
         Ya Allah, engkau lindungilah adik-adikku ini dari segala kemudaratan dan kecelakaan, Engkau limpahkanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka,agar mereka dapat mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat, Ya Allah, pimpinlah mereka di jalan yang engkau redhai, dan jauhkanlah mereka dari sifat-sifat mazmumah. Ya Allah yang Maha agung lagi maha kaya, hiasilah diri mereka dengan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah, agar mereka dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati kedua ibubapa mereka. Ya Allah, aku amat menyayangi mereka,lindungilah mereka dari azab api nerakamu ya Allah, sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.....
          Abg Long terus berada disini, dan terus mendoakan kejayaan para adik sekalian. Walaupun masing-masing telah membawa diri ke destinasi masing-masing, tapi kenangan dan gelak tawa kalian tetap sentiasa bermain di bibir mata Abg Long...Semoga Ibadah kalian terus success..!!Selamat Maju Jaya Adik-Adikku..
       
         

Khamis, 19 Ogos 2010

SALAM UKHWAH....

Assalamualaikum..Salam Perkenalan..Dengan harapan agar Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat kepada kita semua..Jom kita berlumba mengejar redha Allah swt...Semoga anda semua dan saya sentiasa menjadi Insan yang Luar Biasa Bagus Hebat Skali !!!..dengan izin Allah swt.