Khamis, 26 Ogos 2010

Jom Jadi CEMERLANG!!

  Assalamualaikum..Salam motivasi..semoga anda dan saya sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan..
    Solat selain pernyataan seluruh diri kita terhadap semua yang kita impikan sepanjang hari,semua yang ingin kita lakukan bahkan sepanjang hayat, juga mengandungi pelbagai keistimewaan. Sebahagian besar keistimewaan itu tidak kita ketahui dan hanya ada dalam pengetahuan Allah swt. Sebahagiannya lagi kita duga, hasil kajian saintis yang cuba melihat solat dari aspek kesihatan.
   Umpamanya seorang saintis mengatakan duduk tahiyat akhir boleh mengelakkan atau mengurangkan daripada terkena penyakit apendik. Sujud itu pula membolehkan darah lebih banyak turun ke kepala dan ini penting untuk menjadikan otak lebih cerdas sebab  apabila menerima banyak darah bermakna ia menerima lebih banyak oksigen.Dalam sembahyang subuh kita melakukan empat kali sujud. Ini amat baik untuk memberikan oksigen secukupnya pada otak pada awal pagi.
   Oksigen amat diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan menghidupkan sel-selnya yang dipanggil neuron itu.
Keadaan ini juga dikatakan akan menyebabkan sinaps,sejenis elektrik yang menyambungkan antara neuron  ke neuron akan terbentuk dan disinilah bermulanya kehebatan minda seseorang. Neuron yang banyak kalau tidak hidup pun tiadalah gunanya. Sedangkan kita memiliki kira-kira 10 billion neuron kesemuanya.
   Seorang ustaz yang mengajar saya ada menyebut, apabila kita mengangkat takbiratul-ihram, bentuk tangan kita itu seperti orang menyerah kalah dalam peperangan. Jadi, sembahyang itu mengajar kita berserah diri kepada Allah, pemilik hidup ini.
    Apa yang penting sekali yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah tentang niat, yang menjadi faktor utama sesuatu ibadah itu dinilai ataupun tidak oleh Allah swt.Tanpa niat walau sehebat manapun ibadah kita itu tidak akan dikira.
   Nampak tak peranan hati di sini. Hati ialah suis badan, suis otak. Silap suis dipetik salah jugalah otak bertindak. Misalnya hati berkata : "Aku nak fitnah seseoranglah hari ini,"  otak pun mencarikan jalan.
   Dan sembahyang itu sendiri mempunyai 13 rukun yang mesti dipenuhi kalau tak mahu dianggap batal iaitu terbahagi kepada tiga,qalbi,qauli,fi'li, yang mana qalbi ialah  mengenai hati terutama niat.
   Nampakkah anda kepentingan hati dalam memotivasikan diri ? Di situlah suis yang menentukan siapa kita dan apa kita, bagaimana kita, dan di mana kita.
   Cuba renungkan hadis Nabi s.a.w, " Orang yang sempurna akalnya, ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal."
    Semoga sempurna akal kita dalam memotivasikan diri kita.Insyaallah. 

Isnin, 23 Ogos 2010

JOM cipTA RekoD !!!

 Salam Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!!...Anda bagus,saya bagus,barulah dunia jadi bagus.Anda teruk,saya teruk,maka dunia akan  jadi teruk...so, Jom kita pilih hendak yang mana ??..moga-moga kita semua sentiasa Bagusss.!!
    Allah swt menganugerahkan kepada manusia dengan akal yang cukup hebat.Akal tersebut mempunyai bertrilion neuron yang boleh menyimpan pelbagai jenis maklumat.Siapa yang tidak kenal dengan Elbert Einsten ? dulu sewaktu di bangku sekolah, beliau seorang pelajar yang cukup lemah,sentiasa gagal dalam pelajaran,sentiasa diejak kawan,tetapi pada suatu hari, beliau telah diasak oleh  seseorang untuk menggunakan fungsi otak semaksimum mungkin sehingga 80% dan lebih. Akhirnya lahirlah beliau sebagai saintis terkenal dan disegani ..Beliau berkata,,manusia hanya menggunakan 20% sahaja fungsi akal untuk berfikir,dan majoriti manusia hanya menggunakan sekitar 5 hingga 10% sahaja..Kemana pergi lagi 80 atau 90 % peratus lagi ??. Jawapannya, yang selebihnya kita telah tidurkan fungsi otak tersebut.Kenapa kita telah bazirkan nikmat Allah swt ini? .Menurutnya lagi, otak manusia sebenarnya lebih power dan canggih berbanding dengan komputer yang berkuasa tinggi.Adakah kita tahu sebelum ini? .Otak manusia juga tidak pernah kenal erti penat, tapi kenapa kita selalu bataskan fungsinya?.Jawapannya ada dalam minda anda semua.(samaada malas atau terencat akal).Dan kepenatan itu bukan sebab kuat berfikir,tetapi sebab kita tidak suka kepada sesuatu perkara dan bermasalah.
    Justeru itu, jom kita manfaatkan fungsi otak sebaik mungkin.mulai sekarang,kita perlu ubah cara pemikiran, kearah berfikir semaksimum mungkin. Aktifkan sentiasa neuron dalam otak dengan sentiasa berfikir. Semoga kita akan menjadi Insan yang hebat dan luar biasa bagusss!!!
  

Ahad, 22 Ogos 2010

Kem Iktikaf Ramadhan

 Assalamualaikum wbt.Semoga anda semua sentiasa dalam aura Luar Biasa Bagus Hebat Sekali!.Insyaallah.
Setiap kali berada pada waktu matahari mula melebarkan sayap cahayanya ke bumi, terasa takjub dengan kebesaran Allah swt. Terasa kerdilnya diri ini, terasa malunya untuk menyaksikan kehebatan Allah swt.Ya Allah, hamba pasrah kepadamu, sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukmu.
   Alhamdulillah..baru sahaja selesai mengendalikan Program Iktikaf Ramadhan anjuran Irsyad Training& Motivation Kerjasama dengan Masjid Al-Hidayah,Kuantan. Alhamdulillah..sambutan menggalakkan walaupun dibulan Ramadhan. Seramai 80 orang peserta dari kalangan berumur 10 hingga 15 tahun menyertai program ini.
  Antara pengisian yang kami aturkan seperti Tadarus dan tilawah Al-Quran, iktikaf, berbuka puasa, terawih,ceramah Ramadhan,Qiamulaill, Slot Pokok Ibadah,dan LDK.Pada awal program, kelihatan wajah peserta tersirat seribu pertanyaan. Selesai sesi taaruf, barulah dapat merungkai satu persatu persoalan yang bermain di fikiran peserta. Antara mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, ada yang datang dari keluarga yang sememangnya mengamalkan syariat islam sepenuhnya dalam kehidupan, dan ada yang datang dari keluarga disebaliknya. Kami perlu mencari kaedah untuk mengharmonikan mereka supaya berada dalam satu bumbung.
         Sememangnya sukar untuk mematuhkan  peserta -peserta kepada peraturan program, tambahan pula peserta terdiri juga dari sekolah menengah,tetapi berkat kesabaran dan beberapa ilmu kemahiran yang diberikan oleh Allah swt, alhamduliilah peserta dapat mengikuti program dengan baik dan lancar. Tahniah kepada semua peserta.
         Terasa sayu diri ini tatkala melihat sikecil memegang naskhah Al-Quran dan membacanya seolah kekhusyukan,ada juga yang bersandar pada tiang dan termenung jauh seperti mengenangkan nasib yang bakal menimpa dunia yang penuh dengan ahli maksiat ini. Cukup terharu apabila majorita peserta dapat menghabiskan tilawah Al-Quran melebihi juzuk pertama dalam masa 1 hari.Inilah anak-anak yang mempunyai hati yang lembut dan mudah dibentuk sekiranya kena pada acuannya.Semoga amalan ibadat dan ilmu yang dipelajari  selama 1hari 1 malam dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
         Ya Allah, engkau lindungilah adik-adikku ini dari segala kemudaratan dan kecelakaan, Engkau limpahkanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka,agar mereka dapat mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat, Ya Allah, pimpinlah mereka di jalan yang engkau redhai, dan jauhkanlah mereka dari sifat-sifat mazmumah. Ya Allah yang Maha agung lagi maha kaya, hiasilah diri mereka dengan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah, agar mereka dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati kedua ibubapa mereka. Ya Allah, aku amat menyayangi mereka,lindungilah mereka dari azab api nerakamu ya Allah, sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.....
          Abg Long terus berada disini, dan terus mendoakan kejayaan para adik sekalian. Walaupun masing-masing telah membawa diri ke destinasi masing-masing, tapi kenangan dan gelak tawa kalian tetap sentiasa bermain di bibir mata Abg Long...Semoga Ibadah kalian terus success..!!Selamat Maju Jaya Adik-Adikku..