Khamis, 26 Ogos 2010

Jom Jadi CEMERLANG!!

  Assalamualaikum..Salam motivasi..semoga anda dan saya sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan..
    Solat selain pernyataan seluruh diri kita terhadap semua yang kita impikan sepanjang hari,semua yang ingin kita lakukan bahkan sepanjang hayat, juga mengandungi pelbagai keistimewaan. Sebahagian besar keistimewaan itu tidak kita ketahui dan hanya ada dalam pengetahuan Allah swt. Sebahagiannya lagi kita duga, hasil kajian saintis yang cuba melihat solat dari aspek kesihatan.
   Umpamanya seorang saintis mengatakan duduk tahiyat akhir boleh mengelakkan atau mengurangkan daripada terkena penyakit apendik. Sujud itu pula membolehkan darah lebih banyak turun ke kepala dan ini penting untuk menjadikan otak lebih cerdas sebab  apabila menerima banyak darah bermakna ia menerima lebih banyak oksigen.Dalam sembahyang subuh kita melakukan empat kali sujud. Ini amat baik untuk memberikan oksigen secukupnya pada otak pada awal pagi.
   Oksigen amat diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan menghidupkan sel-selnya yang dipanggil neuron itu.
Keadaan ini juga dikatakan akan menyebabkan sinaps,sejenis elektrik yang menyambungkan antara neuron  ke neuron akan terbentuk dan disinilah bermulanya kehebatan minda seseorang. Neuron yang banyak kalau tidak hidup pun tiadalah gunanya. Sedangkan kita memiliki kira-kira 10 billion neuron kesemuanya.
   Seorang ustaz yang mengajar saya ada menyebut, apabila kita mengangkat takbiratul-ihram, bentuk tangan kita itu seperti orang menyerah kalah dalam peperangan. Jadi, sembahyang itu mengajar kita berserah diri kepada Allah, pemilik hidup ini.
    Apa yang penting sekali yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah tentang niat, yang menjadi faktor utama sesuatu ibadah itu dinilai ataupun tidak oleh Allah swt.Tanpa niat walau sehebat manapun ibadah kita itu tidak akan dikira.
   Nampak tak peranan hati di sini. Hati ialah suis badan, suis otak. Silap suis dipetik salah jugalah otak bertindak. Misalnya hati berkata : "Aku nak fitnah seseoranglah hari ini,"  otak pun mencarikan jalan.
   Dan sembahyang itu sendiri mempunyai 13 rukun yang mesti dipenuhi kalau tak mahu dianggap batal iaitu terbahagi kepada tiga,qalbi,qauli,fi'li, yang mana qalbi ialah  mengenai hati terutama niat.
   Nampakkah anda kepentingan hati dalam memotivasikan diri ? Di situlah suis yang menentukan siapa kita dan apa kita, bagaimana kita, dan di mana kita.
   Cuba renungkan hadis Nabi s.a.w, " Orang yang sempurna akalnya, ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal."
    Semoga sempurna akal kita dalam memotivasikan diri kita.Insyaallah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan