Salam Luar Biasa Bagus Hebat Sekali !!...hidup mesti sentiasa kena positif ya dik, kak, mak cik, pak cik, dato,datin..baru lah bahagia hidup ini. Kalau bergaduh dengan kucing pun, kena posotif gak, gaduh dengan adik-beradik,jiran tetangga, apa tah lagi..so, positif-positif lah selalu k.Eh, best tau hidup dengan cara positif, sentiasa tersenyum, lihat alam dengan keindahan, ramai kawan-kawan yg suka mendampingi kita, sifar musuh, penyakit kurang, hati pun tenang..Allah pun sayang ..Eh tak nak ke?????...Hidup sekali jeee, maksimumkan kebahagiaan, minimumkan kesedihan ok.
Insyaallah kali ini saya hendak berkongsi dengan pak cik, mak cik, belia, remaja, adik ,kakak semua tentang arus-arus yang sentiasa bermain dalam jiwa manusia. Saya hendak membawa anda semua membayangkan cara hidup alim ulama,tokoh-tokoh ilmu, bagaimana cara hidup mereka ?..saya rasa anda pun sama seperti saya,membayangkan cara hidup mereka ini penuh dengan ketenangan walaupun dilanda sejuta masalah, sentiasa tersenyum, kata-katanya yang sentiasa memberi inspirasi kepada pendengar, mukanya penuh dengan cahaya kasih sayang, hidupnya yang teratur dan penuh berhikmah.Inilah arus yang mengangkat manusia menjadi manusia HERO (mcm saya,perasan laa plak hehe jgn mare)HEROIN, dan yang Luar Biasa Bagus Hebat Sekali, iaitu arus ALPHA, bukan alpa ya...Arus kegemilangan.
Seterusnya, anda pernah tak suatu ketika bersemangat bekobar-kobar nak melakukan sesuatu perkara, contohnya kalau pelajar, bila dengar ceramah motivasi, semangatnya berapi-rapi sampai terangkat rambut macam orang kena genjatan elektrik,.hehe..niat bila aku berada di rumah nanti, aku akan study bersungguh-sungguh,aku mesti buat!!. tapi bila dah berada kat umah, bukan study....tapi stado plak banyak !!..ish ish ish..!!. tak patut.. anda pernah tak macam tu ?? pernah kan ? eleh..malu -malu kura -kura plak !! hehe peribahasa baru..Ini adalah manusia yang memiliki arus BETA. Golongan ini sama seperti istilah Hangat-Hangat Tahi Hidung Masin..Eh salahh.. Hangat-hangat Tahi Ayam...emm baru betul...mula-mula bersemangat tinggi,.Aku mesti berubah,..!!, Aku mesti dapat 5A !!, semangatnya kalau gunung kinabalu dengar, hampir-hampir nak tumbang puncak tu,hebatnya bukan kepalang !!.semua benda dia akan redah, tiada yang mustahil bagi dia, perubahannya mendadak,tikus mondok pun akan tabik springgg!!!..tapi bila dah lama-lama, mulalah luntur semangat yang tinggi tadi, kembali semula kepada perangai lama..kan rugi tu.
Arus yang ketiga ialah DELTA. orang yang mempunyai arus ini, dia akan berada dalam suasana yang tegang. panas baran, suka marah-marah,sama lah tu...suka menyakiti hati kawan, hatinya pun sentiasa sakit bila tengok orang lain senang.Suka mencari masalah dengan orang, dh tak ada keje kn...selalu tinggal solat, fardhu Ain.Asyik-asyik nak cakap dia jeee yang betul,buat orang menyampah.Bangga diri.Degil, keras kepala..emm kesian kan..Semoga kita tak termasuk dalam arus ini.
Akhirnya arus yang keempat ialah arus THETA. orang yang ada arus ini sentiasa bermurum, lembam, lembap,tak ada motivasi diri, hidupnya seperti tiada tujuan, pak turut, sentiasa lemah, suka tidur, eh..yang ni terasa pedas la plak..hehe..suka bersendiri, suka berkhayal dan arus yang paling lemah..
Jadi dah tahu kan jenis-jenis arus manusia, sekarang jom kita check, agak-agaknya diri kita ni mempunyai arus apa yaa???.Teng-teng-Tengggg.Jom main Teng-Teng,hehe!!.tepuk dada tanya Profesor...!!hehe..salah lagi..tepuk dada tanya selera..k..mmm.
Semoga Anda dan saya sentiasa berada dalam lingkaran Insan Yang Luar Biasa Bagus, Hebat Skali!!...Buuaahh!!..daduu!!..jumpa lagi I Luv U..hehe...wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan